Pengamal Media Perlu Bentuk Minda Rakyat

189

Oleh : Adli Mohamad.

KUALA NERUS – Pengamal media sama ada indipenden (persendirian) mahu pun arus perdana disaran agar mencari jalan dan memainkan peranan masing-masing bagi membentuk minda rakyat didalam negeri mahupun negara.

Naib Presiden PAS Malaysia, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ia akan dapat membantu rakyat didalam membuat pertimbangan pada pilihan raya akan datang.

Katanya, rakyat mestilah dipupuk agar mempunyai ilmu pengetahuan dalam menilai pemimpin dan layak membuat keputusan.

Jelasnya, nilai undi sama sahaja samada seseorang itu adalah ‘Profesor’ atau pun orang kampung biasa adalah sama dengan undi orang kampung biasa yang tidak berpendidikan tinggi.

“Ianya juga sudah pasti sama apabila mereka yang berumur 18 tahun sudah layak mengundi. Katakan tiga tahun lagi hendak pilihanraya apa yang mereka berumur 15 tahun sekarang tahu,

“tentang kebenaran dan isu-isu penyelewengan didalam negara kita ini bagaimana mereka ingin membuat pertimbangan?” soal beliau.

Beliau yang juga Menteri Besar Terengganu berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Amal Media di NR Cafe Tok Jembal, pada 8 Julai.

Oleh itu, kata beliau, bagi memastikan rakyat membuat pertimbangan sewajarnya, maka semua pihak termasuk pengamal media harus membekalkan pengetahuan tentang perkara yang benar dan betul.

Namun demikian menurutnya, pada masa yang sama, ada pihak yang memaksa rakyat menerima fakta yang diselewengkan melalui media sosial dan media baru.

Justeru beliau berharap agar pengamal media menyedari tanggungjawab mereka didalam menghadapi dunia pada masa kini dengan difitnah yang berulang-ulang, menjadikan rakyat keliru.

“Bagaiman kita ingin membetulkan fakta yang salah inilah cabaran kalau kita kaji apa yanh berlaku dunia barat samada Britain ataupun di Amerika ianya masih berleluasa sampai sekarang,” jelasnya.

“itu jugalah cara yang telah dibawa oleh Presiden Amerika Donald Trump sehinggakan kebenaran itu tidak lagi menjadi perkara yang mustahak pada hari ini disebabkan oleh lontaran perkara yang tidak betul pada setiap hari,” tegasnya.

Beliau berkata, mantan Perdana Menteri dan pengasas Singapura Lee Kuan Yew pernah menyatakankan kebimbangannya berkait perkara tersebut, ketika mebilai mengunjunginya beberapa tahun lalu.

“Dia kata apa yang membimbangkan adalah ‘trend’ semasa, apabila golongan anak-anak muda yang menjadi pengundi membuat pertimbangan bukan berdasarkan fakta,

“tetapi berdasarkan kepada membuat perubahan kerana orang rata-rata membuat perubahan,” jelasnya.