Penduduk Gelisah Gerombolan Anjing Liar Berkeliaran

953

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – Penduduk sekitar kampung Bukit Berangan dan Padang Air gelisah apabila ‘gerombolan’ anjing liar berkeliaran di kejiranan tersebut.

Seorang penduduk mengadu kehadiran anjing tarbabit menganggu ketenangan hidup beliau.

Menurutnya yang tidak mahu dikenali, anjing tersebut sering membawa lari selipar dan kasut di tengah malam.

“Sekejap-sekejap selipar hilang,selepas itu kasut hilang, kadang -kadang jumpa sebelah.

“dan malam -malam memang jelas kedengaran salakan anjing yang bukan sekor dua ekor,” ujarnya.

Selain itu, dimaklumkan rumah milik pemuda DUN Tepoh pernah menjadi sarang anjing dan telah dibuat aduan ,epada pihak berwajib, namun tidak ada apa -apa tindakan diambil.

Sehubungan itu Pengerusi MPKK Bukit Berangan, Wan Khalid Wan Embong berkata, beliau telah lama mengetahui kewujudan anjing di kawasan tersebut.

“Perkara ini sudah lama berlaku.bukan anjing saja, babi (pun) ada. Jadi orang yang mengadu tu, tanya dia nak buat macam mana, nak tembok ke.

“Saya cuba bercakap dengan Tok Penghulu. Kalau Tok Penghulu suruh tembok, tembok jelah,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pihak media baru-baru ini.

Oleh itu katanya, sebelum ini tidak pernah lagi buat penangkapan terhadap anjing tersebut dan sekarang semakin bertambah lagi binatang tersebut.

“Anjing asal tu mungkin ada orang pelihara.Dululah sebab Pengkalan Berangan ni dekat dengan Kampung Cina.

“Bila anjing tu ramai, dia terus membiak, tiada orang cakna. Bila dia lapar, dia cari sarang orang.

“Babi berkeliaran sekarang. Dalam bandar pun ada. Biasa disini, orang cari babi hari Jumaat petang. Orang akan memburu dan tembok babi itu,” jelasnya.

Justeru kata beliau, setakat ini tiada lagi tindakan terhadap penangkapan anjing dan babi di kawasan tersebut.