Pendidikan Tanpa Maszlee, Cuaca Siasah Tetap Sama

360

Siapa pun yang bakal diumumkan menggantikan bekas pendidik Dr Maszlee, cuaca politik tetap sama dalam kementerian pendidikan.

Bahkan boleh jadi bertambah buruk nasib menimpa sistem yang diwarisi itu, sekiranya bukan Melayu, bukan Islam yang dipilih selepas beliau.

Siapakah lagi yang lebih layak selepas bekas pensyarah yang berkelulusan doktor falsafah itu?

Kementerian pendidikan, lebih banyak berpolitik daripada bercakap soal tarbiyah anak bangsa, menurut Maszlee.

Muhyiddin pernah duduk ditapak Maszlee sebelum ini, dah keluar dengan dengan kerangka dasar PPSMI yang gagal.

Kementerian Pendidikan (KPM) jadi makmal, para guru jadi pembantu yang menurut arahan, melaksanakan uji kaji kepada kepala anak-anak kita.

Itu perumpamaan yang paling hampir, dengan hasil produk yang masih bergantung kepada pencapaian angka, bukan kualiti insani yang mapan kalis perubahan persekitaran.

Muhyiddin selaku Menteri yang bertanggungjawab kepada pelaksanaan PPSMI dimaklumkan membelanjakan tidak kurang RM12 Bilion.

Mantan Timbalannya Puad Zarkashi pernah berkata, “Easily RM 12 billion ……..” (Paling tidak RM12 bilion).

Itu legasi Muhyiddin yang sekarang menyandang jawatan Menteri Dalam Negeri, yang ditegaskan oleh Puad ketika penamatan PPSMI, telah menjimatkan wang negara RM40 juta.

Muhyiddin tidak letak jawatan sebagai Menteri Pendidikan apabila rakyat membantah dan program ‘mega’ itu dibatalkan.

Sebaliknya Maszlee yang mengumumkan Sembilan Teras Pencapaian setahun KPM pada 14 Januari, 2019, meletakkan jawatannya pada 3 Januari, 2020.

Tiga hala tuju yang diumumkan Maszlee; pendidikan yang berteraskan nilai, peningkatan kualiti seluruh sistem, serta autonomi dan akauntabiliti di sekolah dan universiti, tidak sempat dikecp hasilnya.

Di negeri Terengganu ‘bekas orang besar’ Pendidikan yang terpalit dengan kes umrah tipu, dinaikkan pula pangkat dan berpindah ke KPM.

Guru-guru yang ikhlas ‘mahu bertukar’ masih terpaksa panjat pejabat untuk dapatkan ‘kabel sokongan’ itu ini dan sana sini, untuk mengelak menjadi ‘Guru Duka Lara’.

Dr Maszlee Malik pernah diminta agar mempertimbangkan permohonan pertukaran guru ini secara holistik atas pertimbangan kemanusiaan dan bukannya sekadar melihat hujah di atas kertas sahaja.

“Statistik menunjukkan kes pasangan warga pendidik yang bercerai akibat jarak dan tempoh berjauhan antara pasangan menjadi salah satu faktor penyumbang berlakunya kes perceraian kerana pudar kasih sayang sehingga menyebabkan kecurangan mudah berlaku.

“Menjalani hidup secara berasingan sehingga bertahun lamanya walaupun bergelar suami isteri akan menjejaskan emosi dan boleh menyebabkan berlaku kemurungan sekali gus mengganggu fokus guru dalam mendidik anak bangsa,” kata Presiden Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik), Normala Sudirman