Pendidikan Modal Insan Teras Kerajaan PAS Terengganu

309

Oleh : Muhd Afiq Zohir

BESUT – Pendidikan Modal Insan merupakan teras pembangunan kerajaan PAS Negeri Terengganu untuk persiapan menghadapi era Revolusi Industri 4.0 (IR4.0).

Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu YB Haji Yahaya Ali berkata, pendidikan agama merupakan keutamaan dalam melahirkan kebaga kerja yang mapan.

“Modal insan mestilah mempunyai akidah yang kuat serta berteraskan agama kerana setiap amalan kita akan dihisab,

“20 manifesto kerajaan negeri sedang giat dijalankan, pendidikan merupakan salah satu hasrat kerjaan bagi membentuk suatu pembangunan modal insan,“ jelasnya.

Beliau yang juga Yang DiPertua Dewa Undangan Negeri Terengganu, berkata demikian ketika berucap ketika merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) di Sekolah Menengah Agama (SMA) Ittifakiah semalam, Khamis 11 April.

Oleh itu, kata beliau, kerajaan PAS juga juga telah meluluskan peruntukan berupa biasiswa khas kepada pelajar jurusan sarjana .

Justeru, beliau menasihatikan para pelajar untuk mengimbau kembali zaman kegemilangan ilmu Islam suatu ketika dahulu agar dijadikan sebagai pengajaran.

“Ilmu-ilmu moden pada zaman kini telah didahului oleh zaman kegemilangan islam terdahulu, ini merupakan bahawa umat sekarang mampu berubah kearah kebaikan,” ujarnya.