Pendekatan Damai Meluaskan Pengaruh Islam

212

Oleh : Adli Mohamad

MARANG – Pendekatan ‘Muwajahah Silmiah’ dan demokrasi Barat yang sinonim dengan ajaran Islam telah diguna pakai oleh seluruh gerakan Islam kerana kaedah berdepan secara damai itu telah memberi ruang Islam berkembang serata dunia.

Presiden PAS, Dato Seri’ Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata walaupun ia datang dari barat namun ianya selari dengan sistem ‘syura’ didalam Islam.

“Cuma beza dasar sahaja, kita berdasar akidah (iaitu) beriman kepada Allah dan hari akhirat adapun demokrasi barat adalah sekular.

“Maka kita ambil titik persamaan ini sebagai satu cara yang terbaik untuk menyampaikan Islam kepada seluruh manusia yang menjadi risalah nabi kita Muhamad SAW yang tidak mati (terhenti) dengan wafatnya Rasulullah SAW,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika tampil bersiaran Kuliah Dhuha Online Masjid Rusila, pada Jumaat 27 Mac.

Katanya, melalui penghijrahan umat Islam ke negara Eropah yang mendukung demokarasi turut menyumbang peningkatan umat Islam seluruh dunia.

“Ini peluang secara damai ditunjukkan oleh Islam diajar kepada kita, yang kita mesti laksanakan (serta perlu) kita ambil peluang,” jelas beliau.

Adapun pendekatan melalui peperangan merupakan jalan terakhir dengan syarat tertentu dimana perlu difahami urusan agama beserta disiplin ilmu yang lain.