Pendekatan BPMS Selesai Masalah Rakyat

6965

Oleh : Nizam at-Takiri

KUALA NERUS – Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS) merupakan satu pendekatan berterusan oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS) bagi menangani isu kesusahan yang ditanggung oleh rakyat.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Ustaz Dato Dr Mohd Khairuddin Aman Razali telah mengambil langkah proaktif, menggunakan pendekatan BPMS, bertemu dengan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah.

“pertemuan ini membincangkan beberapa perkara termasuk peruntukan perumahan kerajaan Persekutuan bagi Parlimen Kuala Nerus.

“Berlandaskan Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS) rundingan dan kerjasama melibatkan kepentingan rakyat perlu dilaksanakan dan dilakukan secara berterusan,” ujar beliau lagi.

Beliau berkata demikian setelah memuat naik status di media sosial beliau sewaktu pertemuan dengan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan tersebut, semalam.

Oleh itu, kata Ustaz Khairuddin, pertemuan tersebut membuahkan hasil bagi menyelesaikan masalah prumahan yang dihadapi oleh rakyat negeri ini.

“Insyallah permohonan akan dibuat segera bagi beberapa projek perumahan rakyat”, tambah beliau lagi.