Penarikan Balik Ratifikasi Statut Rom Perlu Disahkan Secara Rasmi Dengan Segera

524

Setakat ini, keputusan kerajaan menarik balik ratifikasi Statut Rom hanyalah melalui kenyataan Perdana Menteri dan jawapan menteri di Parlimen.

2. Kenyataan dan jawapan semata-mata tidak memberi kesan kepada ratifikasi yang telah terlebih dahulu dibuat melalui instrumen melainkan disusuli dengan kaedah penarikan diri seperti yang termaktub dalam Statut Rom.

3. Meskipun keputusan Kerajaan untuk menarik balik sudah jelas namun begitu kita melihat masih ada pihak-pihak yang terus melobi untuk diteruskan ratifikasi Statut Rom termasuklah SUHAKAM.

4. Tindakan pihak-pihak yang masih mengusik sensitiviti majoriti warga negara beragama Islam adalah tidak wajar dan boleh mengganggu usaha kerajaan untuk memulihkan ekonomi negara, yang sepatutnya menjadi satu tanggungjawab yang perlu diberi keutamaan.

5. Tegasnya, langkah dan pendirian formal yang mengabsahkan penarikan balik ratifikasi berkenaan di peringkat
antarabangsa perlu jelas untuk menghilangkan kegelisahan rakyat majoriti.

6. Saya menuntut kerajaan kemukakan kerangka masa atau ‘time frame’ dan ‘milestone’ proses penarikan balik ratifikasi ini.

“Islam Memimpin”

Haji Ahmad Amzad Hashim
Ahli Parlimen Kuala Terengganu
20 April 2019