Penanti Adalah Kerja Kotor BN!

401

http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/05/PakLahNawi.jpg“Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dari PAS begitu teguh mempertahankan kerajaan walaupun memiliki majoriti satu kerusi,

“Ini memberikan keyakinan kepada bukan Islam bahawa PAS dan pimpinan PAS adalah merupakan mereka yang teguh dalam perjuangan ini,”kata Ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf  Baru, Kelantan, Che Abdullah Mat Nawi. (Gambar kiri)

Oleh kerana itu, sokongan yang padu telah diberikan oleh rakyat Malaysia kepada PAS dan pemimpin Pakatan Rakyat.

Justeru katanya, Presiden PAS adalah Perdana Menteri Malaysia sekiranya pilihanraya memilih Perdana Menteri dibuat sebagaimana pilihanraya memilih Presiden Amerika Syarikat.

“Orang bukan Islam hari ini memberi sokongan yang sungguh-sungguh kepada Pakatan Rakyat dan imej PAS adalah cukup tinggi,

“Kalau pilihanraya untuk memilih Perdana Menteri dibuat sepertimana piliharaya memilih Presiden Amerika Syarikat, sudah tentu Ayah Chik, Tok Guru Haji Hadi (Presdien PAS) menjadi Perdana Menteri Malaysia,”katanya yang berucap dalam majlis penerangan yang di adakan di Taman Permint Makmur, disini semalam.

Beliau yang juga Exco kerajaan negeri Kelantan berkata pilihanraya kecil DUN Penanti yang sedang berlangsung adalah disebabkan kerja-kerja kotor UMNO dan BN.

Setelah kalah di lima negeri dalam pilihanraya umum lalu, katanya, UMNO dan BN mengadakan berbagai cara untuk menjatuhkan kerajaan yang telah dimenangi oleh Pakatan Rakyat secara tidak demokratik.

Katanya BN telah mengugut dan memerangkap serta menakut-nakutkan dan cuba menyogok wakil-wakil rakyat dari Pakatan Rakyat.

“mereka berjaya melakukan di negeri Perak, memerangkap wakil rakyat di Perak dengan rasuah dan akhirnya menjadi wakil bebas yang mesra BN,

“Di Penanti, BN cuba memerangkap dan mengugut wakil rakyat yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 dengan rasuah,”ujarnya

Hasrat BN katanya, supaya Fairuz tidak meletakkan jawatan tetapi berpaling tadah menjadi wakil rakyat BN.

Katanya sekiranya Fairuz berbuat demikian, isu rasuah akan selesai sebagaimana yang berlaku keatas wakil rakyat negeri Perak.

“Tapi oleh kerana sekurang-kurang kekuatan yang ada kepada YB Fairuz, Timbalan Ketua Menteri 1, maka beliau tidak berpaling tadah,

“tetapi beliau menyatakan hasrat untuk meletakkan jawatan,”jelasnya.


Lihat Video klip