Penangkapan LTTE: Tahniah Polis Diraja Malaysia

216
Ramlan Mahmood

Oleh: Fidee Aziz

KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) mengucapkan tahniah kepada pihak polis bahagian anti pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman kerana telah berjaya menahan beberapa individu yang disyaki telibat dengan organisasi pengganas Tamil Eelam atau LTTE.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT), Ramlan Mahmood berkata Penangkapan ini telah membuktikan bahawa pihak polis memandang serius akan isu kegiatan pengganas di tanah air dan tidak berkompromi dengan sesiapun.

“Kami berasa kesal atas kenyataan sesetengah pihak yang mengecam tangkapan ini dengan menyatakan ianya penangkapan tanpa bukti dan menyalahgunakan akta SOSMA.

“Selain itu, ada sebahagian pihak yang cuba menormalisasikan kumpulan pengganas LTTE dengan pejuang kebebasan Palestin yang amat jauh sekali agenda dan objektif pejuangan kedua kumpulan ini.” Ujarnya.

Beliau yang juga Pengarah Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT) berkata demikian dalam kenyataannya di laman Facebook Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, pada hari ini.

Menurutnya, DPPNT berharap agar kerajaan mencari satu solusi yang tuntas bagi membendung agenda anti keharmonian ini menyusup ke dalam negara kita dan bersedia membantu pihak berkuasa dalam menyelesaikan Isu ini.

“Kejayaan penangkapan oleh PDRM ini adalah satu batu loncatan untuk mereka bagi meneruskan siri-siri kejayaan yang lain nanti.