Pemuda Turun Padang Bantu Mangsa Banjir Besut

388

Oleh: Saifullah Jusoh

BESUT- Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) telah turun padang membantu mangsa yang terlibat dengan musibah banjir di DUN Hulu Besut.

Ketuanya, Ustaz Nasir Razak berkata, antara bantuan disalurkan berbentuk makanan dan penyembur air untuk membasuh rumah yang ditenggalami air.

“Kami berharap dengan sumbangan ini dapat meringankan beban mangsa-mangsa banjir.

“In shaa Allah kami akan sentiasa bersedia bagi menghulurkan bantuan kepada mangsa yang memerlukan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas misi tersebut, di sini semalam.

Menurutnya, DPPNT bekerjasama dengan Jabatan Amal Negeri Terengganu dan Alternative Riding Club (ARC) bagi menyampaikan sumbangan tersebut.

Turut sama dalam misi tersebut ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Besut, Hafiz Yusof dan Ahli jawatankuasa DPPNT.