Pemuda Sokong Tindakan Tutup Rumah Urut ‘Maksiat’

3108
Mohd Zakri Yusof

Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN – Pemuda PAS DUN Bukit Besi menyokong sepenuhnya, tindakan kerajaan menutup rumah urut ‘maksiat’ bukan sahaja di Paka, bahkan di mana jua dalam negeri ini.

Naib Ketua Pemudanya, Mohd Zakri Yusof berkata, ianya hanya mengundang kemungkaran Allah, kerana disebalik terapi urutan yang boleh membantu kesihatan masyarakat, terselindung kegiatan yang tidak bermoral.

“Penutupan rumat urut itu adalah langkah kearah mencegah kemungkaran, agar mengundang keberkatan kepada Negeri Terengganu yang komited melakukan perubahan kearah sebuah negeri yang berkat,”‘ucapnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui hari ini, mengulas berkenaan isu penutupan Pusat Urut Paka semalam, 24 September.

Menurutnya, ianya adalah satu langkah kejayaan PAS yang diberi mandat menerajui kerajaan Negeri Terengganu.

“Gusar dan bimbang seandainya tidak dibendung ianya akan menjadi galakan kepada aktiviti yang seronok dilakukan,

“terutamanya golongan muda, dan akan menjadi ketagihan untuk sentiasa mengunjungi pusat tidak bermoral berkenaan,” tegasnya.

Tambahnya lagi, kerisauan itu berasas kerana dipercayai pemuda merupakan aset penting kepada sesebuah negeri dan negara.

“Saya mengharapkan agar langkah pertama itu, akan membawa kepada lebih banyak rumah urut di sekitar Kuala Terengganu ditutup,

“supaya semua premis rumah urut di seluruh Kuala Terengganu yang aktif menjalankan kegiatan tidak bermoral ditutup kearah mencapai sebuah Negeri yang berkat dan sejahtera.

“Kerajaan Negeri harus serius menangani hal dan permasalahan ini,” jelasnya