Pemuda Perlu Peka Dengan Minat Belia

348

Oleh : Abdul Muhaimin Muhammed

SETIU – Penyelaras Pemuda Dewan Undangan Negeri (PPD) Permaisuri telah mengambil pendekatan baru dalam menyantuni anak muda dengan menubuhkan kelab berbasikal yang diberi nama Alternative Cycling Club (ACC).

Menurut Ketua Pemudanya, Abd Muhaimin Muhammed tujuan penubuhan ACC ini adalah untuk mengeratkan ukhwah sesama pemuda serta memberi penjelasan mengenai peranan pemuda dalam hidup bermasyarakat.

“…kami (PPD) mengambil peluang ini untuk bersantai dan mengeratkan ukhwah sesama pemuda.

Alhamdulillah, sasaran kita untuk bersua dengan semua belia Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) tercapai.” ujarnya gembira dengan sambutan baik yang diberikan oleh belia yang hadir.

Program yang diadakan di Dewan Dato’ Abu Bakar Chik, Guntung Luar pada Rabu itu telah dihadiri oleh Ahli Parlimen Setiu Ustaz Shaharizukirnain Abd Kadir yang turut melakukan gimik perasmian pelancaran ACC.

Program yang berlangsung dengan susana santai ini telah hadiri oleh semua wakil pemuda di Dun Permaisuri dengan jumlah penyertaan seramai 150 orang.