Pemuda PAS Rancang Tambah Acara Musim ‘Monsoon’

345

Oleh : Sulaiman Hafizi Rusli

DUNGUN – Pemuda PAS DUN Sura merancang menambah lagi aktiviti sukan hujung tahun yang dinamakan acara Monsoon dengan menyasarkan golongan muda.

Ketua Pemudanya, Ahmad Faqrukhairi berkata, kejohanan tersebut adalah pertama kali diadakan selepas PAS mengambil tampuk pemerintahan di Negeri Terengganu ini.

“InsyaAllah, selepas ini kita akan teruskan dengan lebih banyak lagi aktiviti yang menyasarkan golongan muda”.

“Kita merancang untuk menjadikan program seperti ini sebagai acara Monsoon tahunan,” ujarnya ketika berucap di majlis penutup kejohanan.

Sementara itu, Pasukan Tanjung Jati A dari Kampung Seberang Takir, Kuala Nerus dinobatkan sebagai juara seteleh menewaskan pasukan Balik Bukit dari Kampung Seberang Pintasan, Dungun dengan membawa pulang wang tunai berjumlah Satu Ribu Ringgit Malaysia.

Kejohanan Bola Sepak Pantai yang diadakan ini disertai oleh sebanyak 32 pasukan anjuran Pemuda PAS DUN Sura dengan kerjasama Lajnah Kebudayaan,Kesenian dan Sukan (DACS) Kawasan Dungun.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Sura,YB Cikgu Wan Hapandi Wan Nik bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Oleh itu, Ahmad Faqrukhairi berharap agar para pemuda meningkatkan penghayatan Islam dalam kehidupan seharian masing-masing.

“Terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang telah menunjukkan disiplin yang baik sepanjang kejohanan diadakan”.

“Diharapkan generasi muda pada hari ini akan lebih maju pada masa hadapan bukan hanya dalam bidang sukan tetapi juga bidang agama selari dengan syarat kejohanan pada hari ini iaitu menutup aurat dengan sempurna,” ujarnya lagi.