Pemuda PAS Menjadi Contoh

208

Oleh : Syed Abd Rahman

KUALA TERENGGANU-Pemuda PAS disarankan agar bertindak sebagai pembawa ‘roh’ agama ke dalam masyarakat serta menjadi contoh kepada generasi muda dalam melaksanakan perkara kebaikan.

Ketua Pemuda PAS Kuala Terengganu, Ahmad Asyraf Ali berkata ianya merupakan peranan ‘orang muda’ didalam mengisi kemenangan.

“Cakna dan sentiasa menghulurkan bantuan kepada orang lain juga merupakan aspek terpenting yang perlu diterapkan dalam diri pemuda PAS,”ucap beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Mesyuarat Agong Jawatankuasa Penyelaras Pemuda Cawangan peringkat Dun Ladang di Hotel Seri Malaysia,semalam.

Terdahulu, Ahmad Asyraf turut merasmikan ‘Skuad Amar Ladang’ yang bertindak membantu operasi pencegahan maksiat oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.

Jelasnya mengenai Skuad Amar yang dibentuk ianya bukan sahaja bertindak mencegah maksiat bahkan turut berperanan sebagai medium menyeru masyarakat ke arah penghayatan kepada Islam.

“Contohnya (mengadakan) kempen jom ke masjid, kuliah dan sebagainya.

“Mudah-mudahan dengan tertubuhnya Skuad Amar ini , Dun Ladang akan menjadi lebih sejahtera,” ucapnya.