Pemuda PAS Kutuk Penganjuran Debat PTR

141

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengutuk sekeras-kerasnya penganjur yang telah menganjurkan Debat Piala Tun Razak (PTR) 2019 dengan memilih tajuk-tajuk yang kontroversi.

Oleh itu, kita menuntut supaya pihak penganjur terbabit supaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan khususnya kepada peserta yang mendapat tajuk yang kontroversi tersebut.

Iaitu dua tajuk yang kontroversi, yang pertama, berkenaan dengan Islam tidak melarang dan yang kedua adalah berkenaan ‘Penulisan semula AlQuran’.

Perlu diingatkan bahawa, didalam debat ini dia ada satu aspek yang dinamakan Tuiristik, iaitu satu kebenaran yang tidak boleh disangkal lagi, 1 + 1 = 2, anda tidak boleh tukar menajdi 3 atau 4.

Jadi, apabila penganjur debat PTR ini memilih tajuk-tajuk yang boleh menggugat akidah seperti ini, saya bimbang akidah ini akan dijadikan bahan mainan oleh pihak-pihak yang tidka bertanggungjawab dalam negara ini.

Jadi kita menuntut sekras-kerasnya, iaitu penganjur berkenaan meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan khususnya kepada pelajar ataupun peserta yang mendapat undi dan mendapat tajuk berkenaan dan berjanji supaya tidak akan mengulangi perkara-perkara ini pada masa akan datang.

Walaupun mereka sudah meminta maaf, tetapi bahasa – bahasa yang digunakan itu masih belum lagi mencukupi untuk dikatakan permohonan maaf, sebab dia hanya memohon maaf kepada pihak-pihak yang tersinggung.

Jadi, saya rasa permohonan maaf itu adalah tidak serius, lagipun kenyataan yang tersebar itu ia adalah daripada hakim berkenaan, yang kita mahukan adalah penganjur program berkenaan untuk memohon maaf.

Saya minta supaya kerajaan memantau isu-isu seperti ini dan mengambil tindakan sewajarnya termasuklah tindakan undang-undang sekiranya terdapat pihak-pihak yang cuba untuk nak menggugat rukun negara.

Sebab penganjuran tajuk itu bukan setakat bertentangan dengan Islam, bahkan bertentangan dengan rukun negara, sebab rukun negara, yang pertama ialah kepercayaan kepada tuhan dan menghalalkan homoseks ini menggugat salah satu aspek kepercayaan kepada tuhan.

Mengenai ‘motion hypothetical’ yang disebut oleh hakim tersebut, saya menegaskan perkara ini tidak boleh dilakukan percubaan, akidah bukannya try and error, akidah adalah persoalan yang sudahpun termaktub dan ia perlu dihormati dan pegagng oleh semua pihak dalam negara ini, khususnya oleh individu yang bergama islam.

Ahmad Fadhli Shaari
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM)