Pemuda PAS Kuala Besut Cakna Mangsa Kebakaran

394

Oleh : Saifullah Jusoh

BESUT – Dewan Pemuda PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut yang diketuai oleh Hafiz Yusof telah menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Gong Manok pada 6 November 2018.

Katanya, sumbangan ini dibuat bagi meringankan beban keluarga mangsa, Mahusin Ibrahim, 59 yang ditimpa musibah pada pagi hari sabtu 27 Oktober 2016, hangus dijilat api yang menyebabkan beliau dan keluarga tinggal sehelai sepinggan.

“Kami sangat bersedih dengan musibah ini yang telah menimpa saudara kita. Saya berharap pihak keluarga mangsa dapat bersabar dengan ujian ini yang kita tidak pernah minta.”

“Saya berharap orang-orang kampung serta penduduk di Kuala Besut ini dapat menghulurkan sumbangan kepada mangsa bagi sama-sama membantu meringankan beban yang ditanggung oleh mereka.

“Hari ini mereka ditimpa musibah, hari mendatang mungkin kita pula yang akan ditimpa musibah. Kita tidak tahu semua ini,” ujar beliau.

Turut hadir ketika menyampaikan sumbangan tersebut ialah Bendahari Dewan Pemuda PAS DUN Kuala Besut, Saudara Faiz Hassan, Ketua Pemuda PAS Cawangan Gong Manok, Dinie Kamil dan Ketua Pemuda PAS Cawangan Paya, Zulkifli Ahmad.