Pemuda PAS Kawasan Besut Prihatin Mangsa Kebakaran

512

Oleh: Saifullah Jusoh

BESUT – Pemuda PAS Kawasan Besut prihatin dan menziarahi mangsa kebakaran yang berlaku di Kampung Alor Belanga, Hulu Besut.

Menurut Ketuanya, Wan Asriazwa Wan Husin berkata rumah Midin Wahab hangus ‘dijilat api’ pada pagi 11 Februari, menyebabkan premis peninggalan keluarganya itu musnah.

“Ketika kejadian, isteri beliau Normila, 46 sedang menghantar anaknya ke sekolah. Sekembalinya beliau ke rumah, beliau melihat kepulan asap keluar daripada dapur rumah beliau,

“dan tidak dapat berbuat apa-apa hingga menyebabkan beliau dan keluarga tinggal sehelai sepinggang,” jelasnya.

Oleh itu, beliau meweakili Pemuda PAS berharao keluarga Midin dapat bersabar menerima ujian daripada Allah itu.

Wan Asriazwa ketika melawat rumah Midin yang tinggal rangka sahaja, musnah musnah dalam kebakaran pagi semalam

“Saya sangat bersimpati dengan apa yang berlaku ini dan berharap mangsa dan keluarga tabah menghadapi ujian demi meneruskan kehidupan pada masa mendatang,” ujarnya

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikam sedikit sumbangan, di lokasi petang semalam, 11 Februari.

Turut sama dalam lawatan itu ialah Pengarah PASTI Kawasan Besut, Cikgu Syamri Abd Razak dan Ketua Pemuda PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut, Mohd Armadi.

Sehubungan itu, Cikgu Syamri berkata, dua orang anak mangsa yang juga pelajar PASTI Alkhairiah, Hulu Besut menerima sumbangan pakaian sekolah daripada PASTI Kawasan Besut.

“Saya harap dengan sumbangan yang tidak seberapa ini dapat meringankan beban mereka serta membantu anak-anak mereka meneruskan persekolahan mereka seperti biasa,” kata beliau.