Pemuda PAS Kawasan Besut Gotong-royong Cuci Rumah Mangsa Banjir

398

Oleh: Saifullah Jusoh
Foto: Norekwan Mamat

BESUT- Dewan Pemuda PAS Kawasan Besut (DPPKB) hari ini bergotong-royong mencuci rumah-rumah mangsa banjir di DUN Hulu Besut.

Gotong-royong ini diketuai oleh Ketua Pemuda PAS Kawasan Besut, Hakim Zulfikri dan Ketua Pemuda PAS DUN Hulu Besut, Matzakie Matyeh.

Antara rumah yang diasasarkan ialah rumah-rumah yang terjejas teruk akibat banjir seperti di Kampung Bekok, Kampung La dan Kampung Bukit Payong.

Hakim Zulfikri berkata gotong-royong ini bertujuan bagi meringankan mangsa banjir yang diuji dengan hebat sekali.

“Kami daripasa pihak DPPKB telah bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk Jabatan Amal dan Pusat Khidmat DUN Hulu Besut bagi menjayakan program ini.

“Kami baru memulakan pada pagi hari ni dan akan meneruskannya sampai selesai in shaa Allah,” ujar Hakim Zulfikri.

Selaik itu juga DPPKB turut menyampaikan sumbangan makanan kepada mangsa banjir.