Pemuda PAS Gesa Malaysia Bersuara Isu Kashmir

204

Oleh : Adli Mohamad
 
MARANG- Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) menggesa agar kerajaan Malaysia bersuara di peringkat antarabangsa bagi membela nasib umat Islam di Kashmir.
 
Ketua Pemudanya, Nasir Abdul Razak berkata, usaha mengenengahkan isu tersebut boleh dilakukan dengan menghantar surat bantahan ataupun menyatakan rasa tidak puas hati melalui saluran diplomatik.
 
Namun malangnya, menurut beliau tiada lagi terdengar suara kerajaan Malaysia dikuasai Pakatan Harapan (PH) bersuara bagi membela dan menuntut hak ke atas masyarakat Kashmir walaupun berautoriti.
 
Maka, dengan keadaan yang semakin tegang, beliau mengesa agar  pihak berkuasa seperti Liga Arab perlu bertindak segera bagi memberi pembelaan kepada masyarakat Kashmir.
 
“Kita tidak mahu nasib yang berlaku kepada masyarakat  Arakan di Myanmar juga berlaku di kahsmir.
 
Hari ini dapat dilihat masyarakat di Kashmir dihambat, dibunuh serta dirogol, begitulah hebatnya cabaran yang berlaku pada masyarakat Kashmir,” jelasnya.
 
Beliau berkata demikian pada Himpunan Solidariti Untuk Kashmir yang diadakan selepas solat Jumaat di Masjid Titian Baru, Kedai Buloh semalam, yang turut dihadiri kira-kira 500 orang jemaah.
 
Menurutnya lagi, himpunan yang diadakan DPPNT itu diadakan serentak di seluruh negara, dan digerakkan melalui dewan pemuda di setiap negeri, tanda sokongan dan solidariti terhadap rakyat Kashmir.
 
Beliau menyatakan perbuatan kejam yang dilakukan ke atas masyarakat Kahsmir perlu dikecam dengan sekeras-kerasnya kerana perlakuan itu sangat tidak bertanggungjawab dan diluar norma kehidupan manusia.
 
“Kami pihak DPPNT mengharapkan semua masyarakat Islam terutamanya anak-anak muda perlu bersatu hati (juga) dapat mengetahui perkembangan yang berlaku di Kashmir pada hari ini,” pinta beliau.
 
Sementara itu, Pengarah Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Muhammad Irsyad Syafiq Burhanuddin kesal kerana Negara Arab, liga Arab dan Organisasi Islam (OIC) yang sepatutnya menjadi hero, berdiam diri.
 
“Kenapa mereka tidak melaksanakan tanggungjawab mereka mempertahankan umat Islam dan negara Islam yang ditindas pada hari ini?
 
Wahai dunia dan dengarlah apa yang kami nak bagitau pada hari ini bahawa seluruh umat Islam yang ada didalam dunia ini adalah bertanggungjawab.
 
Kami nak bagitau kepada manusia di arab dan kuasa-kuasa besar arab jika tidak mahu menggambil tanggungjawab kami di Negara Malaysia akan ambil tanggungjawab,” tegasnya.
 
Dan pesan beliau lagi, jika sekiranya kerajaan Malaysia tidak mahu mengambil tanggungjawab ini, beliau menyatakan seluruh umat Islam akan bergerak melalui PAS.
 
Setelah sekian lama umat Islam ditindas di negara sendiri, kuasa besar dunia membisu, buta dan tidak berakal, umat Islam tidak mahu lagi berdiam diri, kini masa untuk bangun bersolidariti.
 
Isu Kashmir tercetus apabila kerajaan India pimpinan Narendra Modhi telah menarik semula artikel 370 dalam perlembagaan India yang menyaksikan Kashmir kehilangan kuasa memerintah wilayah mereka itu yang diebrikan semenjak 1947.
 
Kini warga India, terutama yang beragama hindu, mula memasuki wilayah itu dengan bantuan dari pasukan keselamatan India, yang menyebabkan banyak berlaku pencerobohan dan pertumpahan darah, dimana mangsa majoritinya muslim.