Pemuda PAS Bukit Besi Perlu Manfaatkan Alam Siber

452

Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN- Pemuda PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi digesa agar memanfaatkan alam siber pada jalan betul bagi menyebarluaskan kehebatan Islam di media sosial.

Pengarah Majlis Tindakan DUN Bukit Besi, Ghazali Sulaimam berkata, mereka merupakan penggerak dalam dunia siber untuk memenangkan PAS di DUN terbabit.

“Pemudalah yang perlu berperanan dengan idea-idea yang baru dan segar untuk menyampaikan risalah kebenaran Islam, dengan cara kreatif dan menarik anak-anak muda bersama dengan perjuangan PAS.

” Kalau dahulu peperangan dalam bentuk sebenar mengangkat senjata sehingga mengorbankan nyawa.

” Tetapi dalam konteks zaman sekarang ianya dalam bentuk peperangan dunia siber, yang dimanfaatkan musuh bagi meruntuhkan Islam dengan mencipta persepsi dan tanggapan negatif bagi meruntuhkan Islam,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program Mesyuarat Pemuda PAS DUN Bukit Besi, yang telah diadakan di Pusat Khidmat Masyarakat N 25, semalam, 16 Februari.

Menurutnya, anak muda  diseru aktif dalam menguasai media sosial kerana merekalah yang akan memperbetulkan persepsi dan menangkis segala tohmahan yang tidak berasas.

Sehubungan dengan itu, Ghazali berkata,Program Ijtimak Siber 2019 tersebut mendapat  sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai tak kira samada golongan muda ataupun tua.

“Ijtimak berkenaan walaupun mendapat tarikan ramai dari anak muda, segintir dari kalangan yang hadir itu adalah golongan yang berumur.

” Dimana tidak mempunyai pun akaun ‘facebook’ tapi bersemangat hadir memberikan sokongan pada program berkenaan,” ujarnya.

Justeru itu, beliau berkata, ia menunjukkan bahawa masyarakat  tidak mahu terlepas untuk mendapatkan pengetahuan tentang apa yang melanda dunia pada masa kini.