Pemuda PAS  Besut Santuni Keluarga Mangsa Kemalangan

399

Oleh: Jusmawari Jusoh

BESUT – Dewan Pemuda PAS Kawasan Besut (DPPKB) berkesempatan menyantuni empat keluarga mangsa kemalangan yang berlaku empat tempat yang berbeza di DUN Kota Putera.

Ketuanya, Hakim Zulfikri melahirkan rasa sedih sambil mengucap takziah kepada keluarga mangsa.

“Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman,” ujarnya yang ditemui wakil Buletin Online selepas mengetuai ziarah ke rumah mangsa-mangsa yang terlibat di sini pada 15 Julai.

Menurutnya, kemalangan yang berlaku dalam masa dua hari berturut – turut itu telah meragut nyawa pemuda-pemuda yang tinggal di sekitar DUN tersebut.

” Kematian pertama pada pagi sabtu, melibatkan seorang pemuda kurang upaya yang meninggal dunia akibat penyakit sawan di kampung Pengkalan Teras, Kampung Keluang.

” Manakala seorang pemuda dari kampung Baru Batu Tumboh, maut apabila terlibat dalam kemalangan di kampung Lak Lok pada sabtu malam yang lalu,” jelasnya.

Katanya, pada malam yang sama, seorang pemuda dari Kampung Keluang juga telah meninggal dunia setelah terlibat dengan kemalangan dalam perjalanan pulang.

“Mangsa telah terlanggar seekor lembu yang berkeliaran di kawasan kampung Pak Kiang Keluang.

” Dan kita turut mengziarahi keluarga pemuda yang meninggal dunia di tempat kejadian apabila motosikal yang ditungganginya bertembung dengan kenderaan pancuan empat roda di kawasan perumahan Pengkalan Nyireh,” tambah beliau.