Pemuda PAS Besut Meneruskan Ziarah Asnaf Sebagai Rutin Tahunan

397

Oleh: Saifullah Jusoh

BESUT – Dewan Pemuda PAS Kawasan Besut meneruskan program ziarah ‘Asnaf Nur Ramadan’ sebagai  rutin tahunan dengan mendekati  dan menyelami nasib masyarakat yang kurang bernasib baik.

Ketuanya, Hakim Zulfikri berkata, program tersebut menyasarkan golongan miskin dan kurang berkemampuan sekitar kawasan Besut.

“Di antara aktiviti yang dilakukan ialah ziarah, menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian dan berbuka puasa bersama mereka.

“Program ini dianjurkan bagi meringankan beban mereka yang memerlukan sempena menyambut bulan Ramadan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam program tersebut di Kampung Tok Has pada hari Selasa, 21 Mei.

Menurutnya, beliau mahu mereka dapat menjalankan aktiviti di bulan Ramadan seperti orang lain diluar sana.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada para penyumbang demi menjayakan program ini,” ujarnya.

Turut hadir sama ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Besut, Hafiz Yusof, Setiausaha Pemuda PAS Kawasan Besut, Syamri Razak dan Ahli jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Kawasan Besut.