Pemuda PAS Agih 300 Bungkus Sarapan Pagi

507

Oleh: Abdul Hafiz Ghazali

KEMAMAN – Pemuda PAS DUN Cukai telah mengagihkan 300 bungkus sarapan pagi kepada para peniaga sekitar Pasar Besar, Chukai.

Ketua Pemudanya, Ahmad Khairuddin Mohd Zaki berkata, ia bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dengan menyantuni para peniaga tersebut.

“Edaran sarapan pagi (adalah) kepada peniaga-peniaga dipasar.

“Tidak kiralah dimana saya berada sekalipun hal kebajikan rakyat saya tetap fikirkan.

“Sama ada rakyat saya dalam kesusahan dan sakit sekalipun, tetap saya akan resah hati dengan mereka,” jelasnya.

Beliau yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai berkata demikian ketika ditemui dalam program agihan nasi pada Selasa, 9 Julai.

Menurutnya, setiap arahan YB Haji Hanafiah dan program akan diserahkan kepada pemuda PAS untuk dilaksanakan khususnya di DUN Cukai,” ujarnya.

Tambah beliau, pada minggu hadapan pula pemuda PAS DUN Cukai akan mengagihkan sebanyak 300 sarapan pagi di tempat yang berlainan iaitu Pasar Borong Dusun Nyior.