Pemuda PAS Agen Kasih Sayang

273

MARANG – Pemuda PAS kawasan Marang menjadi agen kasih sayang dengan menghargai bukan sahaja anak muda tetapi segenap lapisan masyarakat

Ketua Ketuanya Ustaz Yusuf Abdul Hadi berkata, ia merealisasikan agenda Terengganu Maju Berkat Sejahtera.

“Tujuan kita mengumpul dana ini ialah untuk meneruskan kelangsungan kerja-kerja kebajikan. bergerak seperti biasa, menang atau sebelum menang mengamalkan program derma (untuk menyumbang),

“Syukur kehadrat Allah swt kerana kami dapat menganjurkan program makan malam bersama dengan anak-anak yatim PASTI kawasan Marang dan berjaya mendapat 100 meja hasil sumbangan banyak pihak dari seluruh negeri Terengganu,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Amal bersama Anak Yatim diadakan di Dewan Tok Guru, Rusila, semalam.

Lima puluh orang anak yatim yang daripada pelajar PASTI kawasan Marang diraikan dalam majlis tersebut.

Ustaz Yusuf turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penderma yang sudi menyumbang seterusnya menjayakan majlis makan malam itu.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Yang Di Pertua Dewan Undangan Negeri Terengganu yang juga merangkap YDP PAS Kawasan Marang.

YB Haji Yahaya Ali ketika berucap berkata, kerajaan PAS kini sudah pun berusia enam bulan.

“Semangat seperti ini mesti diteruskan. Apabila kita menjadi kerajaan yang diamanahkan oleh Allah, menang ataupun selepas menang, kerja-kerja perjuangan adalah kerja yang mesti diteruskan dan ianya suatu kerja asasi kita dalam perjuangan Islam ini,

“Kita tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada jentera kerajaan. Bahkan pengalaman kita sewaktu kita memerintah pada 1999-2004, parti kita tidak berjaya ditawan berbanding dengan pengurusan kerajaan.

“Mereka juga (UMNO) sebelum ini, membuat post mortem dalam PRU yang lepas ialah rakyat terlalu bergantung pada kerajaan dan rakyat tidak kasih pada kerajaan.

“Kita mesti kekal dihati rakyat. Kita mesti sentiasa bersama mereka untuk turun kebawah. Isu musibah, isu ibu tunggal, isu anak yatim, isu kemiskinan, isu kedhaifan dan pelbagai bentuk isu yang timbul. Jentera parti kita bergerak, dan kerajaan terus maju kehadapan,” tegasnya.

Oleh itu, kata beliau, penyelarasan kerja adalah sangat penting antara parti dan lerajaan.

Ada masa jelasnya, parti memerlukan bantuan kerajaan dan sebaliknya.

Beliau memberi contoh, ketika menghadapi musibah banjir yang mungkin akam berlaku, bila-bila masa.

“Dalam keadaan (banjir) seperti ini, organ parti haruslah bersama menjayakannya. PAS ada Yayasan Amal, ada Lajnah Kebajikan bersama NGO yang lain. Disamping kerajaan, parti tetap kuat kehadapan dalam suasana PAS telah menjadi kerajaan,” tambah beliau.

Majlis makan malam ini turut dihadiri Pengarah PASTI Negeri Terengganu yang juga ADUN Pengkalan Berangan, YB Ustaz Sulaiman Sulong.