Pemuda Marang Pula Buat Laporan Polis Terhadap LGE

445

Oleh : Aziz Hambali

MARANG – Selepas Pemuda PAS Terengganu dan Pemuda kawasan Dungun, Pemuda PAS Kawasan Marang pula membuat satu laporan polis dan mendesak pihak berkuasa menyiasat segera kenyataan ‘rasis’ dan biadap yang di keluarkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Menurut Ketua DPPKM, Yusuf Abdul Hadi, Lim Guan Eng secara terbuka mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman yang boleh menimbulkan ketegangan antara kaum.

“Kami dari Pemuda PAS menggesa pihak polis mengambil tindakan sewajarnya ke atas Lim Guang Eng yang terlampau biadap dan seringkali menghidupkan api permusuhan sesama kaum di Malaysia,

“Lebih-lebih lagi, kami merasakan ucapan tersebut adalah berbaur sensitif, bersifat provokasi dan hasutan, berita palsu, tidak menghormati agama Islam dan orang Islam serta boleh menimbulkan perasaan benci, kacau bilau dan ketegangan antara kaum dan agama di Malaysia,” tegasnya.

Turut hadir menemani Yusuf Abdul Hadi membuat laporan polis ini ialah Timbalan dan Naib Ketua DPPKM, Muhammad Irsyad Syafiq Burhabuddin dan Aswadi Mohamad serta beberapa orang ahli pemuda PAS bertempat di Ibu Pejabat Polis Daerah Marang, dekat sini, pada hari Khamis.

Tambahnya lagi, sebagai tanda bantahan, laporan polis ini dibuat dan DPPKM mengharapkan agar pihak polis mengambil tindakan terhadap individu yang menyampaikan ucapan tersebut.

“serta menyiasat insiden ini di bawah peruntukan undang-undang yang ada khususnya Akta Hasutan, Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia,” jelas beliau