Pemuda Manir Perkasakan Organisasi

458

Oleh: Ahmad Mawardi

SETIU – Pemuda PAS DUN Manir (PPDM) akan terus memperkasakan organisasinya di peringkat cawangan dengan menyasar lebih banyak penganjuran program kepemudaan.

Ketuanya Ustaz Hamdi Harun berkata, tumpuan itu adalah langkah yang harus dilaksanakan dengan segera supaya para pemuda PAS mampu mengorak langkah lebih jauh tanpa sebarang masalah dengan mengamalkan budaya politik matang.

“Ini merupakan masa untuk kita bekerja demi mengekalkan kemenangan yang telah diperolehi, jangan leka dengan apa yang ada sekarang dan kita perlu terus kerja dan kerja untuk majukan parti.

Beliau berkata demikian dalam majlis penutup Kembara Merdeka 3.0 Pemuda DUN Manir anjuran Pemuda PAS DUN Manir (PPDM) di Lata Ulu Kasar Langkap Setiu pada Ahad 1 September.

Ustaz Hamdi yang juga Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) berkata, pemuda mempunyai peranan yang penting di peringkat akar umbi untuk membawa risalah Islam dan menjadi tonggak utama kepada parti.

Terdahulu, Kembara Merdeka tersebut dimulakan dengan acara konvoi. 97 anak muda menyertai konvoi tersebut dan mereka berlepas dari perkarangan PASTI Al-Ihsan Kubang Lembek Manir.

Selain daripada merapatkan ukhwah diantara kami, para peserta juga didedahkan pengisian bermodul berkonsepkan kepimpinan dengan dibahagikan beberapa kumpulan supaya mampu berdepan dengan cabaran dan peranan yang lebih besar.