Pemuda Disaran Kahwin Awal

5985
Haji Ghazali berganbar dengan 'para mempelai' pada Majjlis Walimatul Urus Pedana anjuran kerajaan PAS November lalu

Oleh : Adli Mohamad.

DUNGUN – PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi amat menggalakkan anak-anak muda agar mendirikan ‘rumah tangga’ awal, bagi melayakkan mereka memohon lot tanah perumahan.

Pengarah Majlis Tindakan DUN Bukit Besi, Haji Ghazali Sulaiman berkata, dasar kerajaan Negeri Terengganu tidak akan meluluskan permohonan tanah kepada mereka yang belum berkahwin.

“Borang yang diberi perlu diisi oleh pemohon dengan dilengkapkan nama pasangan. Mesyuarat tanah pun tidak boleh nak putuskan apa-apa jjka tidak berkahwin.

“Kahwin dahulu baru layak memohon Rancangan Tanah Berkelompok (RTB), ” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika Beliau berkata demikian, ketika dihubungi, disini, pada Isnin, 12 Februari.

Oleh itu menurutnya, Kerajaan PAS juga amat menitikberatkan perihal perkahwinan.

“Selain melayakkan permohonan untuk mendapatkan lot perumahan, apa yang paling besar adalah mengikut syariat agama.

“Dan juga mewujudkan pertambahan rakyat Terengganu, serta mewujudkan rumah tangga berteras dakwah, bagi menguatkan kerajaan Islam di Terengganu,” tegasnya.

Sehubungan itu Ahli Jawatankuasa Ameerah DUN Bukit Besi, Nor Zakirah Mohd Zaid berkata, insiatif yang disediakan dari kerajaan amat dihargai.

“Dengan perkahwinan percuma, setelah kahwin layak pula memohon lot tanah bagi tapak perumahan, ianya adalah satu kebaikan.

“Secara tidak langsung ianya akan menjadikan anak muda yang belum berkahwin akan terasa dicaknai, dan mempunyai platform yang selesa untuk merancang perkahwinan, cuma masanya masih belum tiba dan percaya segalanya telah ditentukan Allah,” ujarnya.

Sementara itu Pemuda PAS DUN Bukit Besi, Waliyyuddin Johari berkata, bahawa kerajaan Negeri Terengganu, mahukan anak muda kahwin cepat, adalah bertepatan dan relevan sebagai sebuah kerajaan Islam.

“Ini menjadi bukti bahawa kerajaan PAS mahu memastikan anak muda segera kahwin bagi mengundang keberkatan.

“Kerana Allah akan luaskan rezeki bagi sesiapa yang berkahwin dengan rahmat dan kasih sayang dariNya,” tegasnya.