Pemuda Cukai Ziarah Kematian Ibu Mantan Ketua Pemuda

386

Oleh: Abdul Hafiz Ghazali

KEMAMAN – Pemuda PAS DUN Cukai, menziarahi Mantan Ketua Pemuda PAS DUN Cukai, Ustaz Osmarizal Omar yang baru sahaja kehilangan ibunda tercinta beberapa hari yang lalu.

Ketua Pemuda PAS DUN Cukai, Ahmad Khairuddin Mohd Zaki, yang mengetuai ziarah itu, berkata Pemuda DUN turut merasai kesedihan dan bersimpati dengan apa yang dialami Ustaz Osmarizal dan keluarga. .

“Semoga Allahyarhamah ditempatkan bersama orang yang beriman,” katanya yang ditemui selepas ziarah yang turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili di sini pada 17 Julai.

Menurutnya, ziarah itu adalah merupakan rutin yang diadakan setiap hari rabu untuk menyantuni masyarakat.

” Maklumat yang kami terima rumah yang perlu kami ziarah adalah melalui ketua pemuda cawangan masing-masing.

“Secara tidak langsung kegiatan ziarah dan riadah sebegini rupa membawa satu ikatan antara pemuda tempatan dan juga Pemuda PAS DUN Cukai,” ujarnya lagi.

 

Pemuda PAS DUN Cukai menziarahi salah sebuah rumah penduduk di DUN tersebut.

Khairuddin juga berkata mereka mahu dilihat bahawa PAS bukan saja sebagai penggerak untuk memperjuangkan kesejahteraan dan kebajikan rakyat

” Tetapi juga meneruskan agenda untuk menjadikan remaja dan generasi muda sebagai mereka yang sentiasa bergiat aktif dalam mana-mana aktiviti mereka minati disamping menjadikan PAS itu sebagai wadah perjuangan,* jelasnya.