Pemuda Air Tawar Anjur Bola Sepak Pantai

138

Oleh: Jusmawari Jusoh

BESUT, 2 Oktober – Sebanyak lapan pasukan menyertai pertandingan bola sepak pantai anjuran Pemuda PAS cawangan Air Tawar yang berlansung di Pantai Air Tawar.

Pertandingan ini bagi mengeratkan ukhwah sesama mereka di peringkat cawangan dan memilih Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Kawasan Besut (DPPKB) saudara Hakim Zulfikri Awang untuk merasmikannya.

Saudara Hakim berkata,”tahniah buat saudara Alfian selaku Ketua pemuda cawangan Air Tawar dapat menganjurkan program dan saya berharap dengan program ukhwah seumpama ini dapat memperkukuhkan lagi jentera parti kita”.

Beliau juga mengingatkan agar sentiasa jaga adab dalam berjemaah dan sentiasa patuh pada arahan pimpinan.

“Kita sebagai jentera parti wajib taat dan patuh pada arahan pimpinan selagimana tidak bercanggah dengan majlis syura”,ujarnya lagi.

Program ini disambut dengan meriah dengan mendapat tajaan sepenuhnya dari syarikat Luth Brother yang juga anak jati kelahiran Kampung Air Tawar.