TV3 Tidak Hormati Permintaan Terakhir Allahyarham Sharifah Aini

335

Pada 25 Ogos 2014 lalu, TV3 telah menyiarkan kisah biduanita negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini menerusi program Majalah 3. Dokumentari tersebut memang amat menarik kerana ia menyiarkan kisah perjalanan hidup Allahyarham dari mula ketika beliau menceburi industri hiburan.

Sayangnya di dalam dokumentari tersebut, gambar Allahyarham ketika tidak menutup aurat turut sama disiarkan sedangkan ketika hidupnya, Allahyarham Sharifah Aini telah meminta pihak media agar tidak menggunakan gambarnya sebelum bertudung.

Berikut ialah video Allahyarham ketika ditemuramah oleh Prof Dr Muhaya di sebuah rancangan di TV9. Beliau jelas memohon jasa baik agar gambarnya sebelum berhijrah tidak dipaparkan dalam mana-mana media.

Susulan penyiaran dokumentari tersebut, para peminat Allahyarham meluahkan rasa kecewa terhadap kurangnya rasa sensitif pihak TV3. Antara luahan yang telah ditulis di Facebook TV3 ialah:-

sharifah

beautifulnara.com