Pemimpin Umno Tidak Mahu Membantu Rakyat

668

KUALA TERENGGANU – Pemimpin kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu bukanlah mereka yang mahu membantu dan menolong rakyat.

Naib Yang DiPertua PAS Kuala Terengganu, Haji Ahmad Amzad Hasim berkata, mereka berkira sangat, dalam kes melibatkan pampasan pengambilan semula tanah rakyat.

“Pemimpin! tolong bantulah rakyat. Yang kamu berkira sangat bukan duit peribadi kamu. Bukan duit negeri. Tapi wang persekutuan. Yang jika tidak disalurkan ke sini, disalurkan juga ke tempat lain.

“Yang lebih menyakitkan hati, untuk pembaziran, projek mewah, projek pelik pelik, yang runtuh, yang gagal, kamu boleh pula buat selamba dan tidak berkira walau nilainya beratus juta ringgit,” tempelak beliau.

Beliau berkata demikian dalam mengulas isu projek pembinaan jalan ‘KT-By Pass’ di laman sosialnya pada Khamis 11 Januari, semalam

Haji Ahmad Amzad Hashim

Menurutnya, rakyat biasa mendengar dengar kes-kes pengambilan tanah tanah yang menjadikan pemilik kebun tiba tiba jadi orang kaya baru.

Sebagai contoh, kata beliau, tanah di Putrajaya, KLIA, adalah tanah-tanah berstatus ‘pertanian’ yang dibayar berasaskan pertimbangan nilai pembangunan masa hadapan.

“Kalau pampasan pengambilan tanah untuk projek persekutuan dibayar oleh kerajaan persekutuan, duit persekutuan dan pegawai serta kementerian sudah tunjuk kesediaan mempertimbangkan nilai yang lebih baik,

“(ia hanya) terpulang kepada rekomendasi dari kerajaan negeri yang bertindak sebagai pengurus pengambilan tanah,

“atas alasan apa dan terhalang dekat mana….. untuk pemimpin negeri mengarahkan birokrasi dibawah pentadbirannya membantu agar pemilik pemilik tanah diberi nilai yang lebih baik?,” soalnya.

Katanya, kalau di negeri lain, pemimpn yang berkuasa mengambil peluang menyalurkan wang persekutuan kepada rakyat negeri.

“direka, susun justifikasi, strategi. Mana yang boleh ditukar syarat, ditukar. Tolaklah kos-kos berkaitan. Rekalah skim yag memudahkan rakyat,” tegas beliau.

Sebaliknya, menurut beliau, berbeza di negeri Terengganu, pemimpin ‘berlepas tangan’ dan tidak mahu bertemu dengan mereka yang terlibat.

Bahkan Menteri Besar Terenggan Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman mencabar rakyat agar menyaman dan membawa kes ‘KT-By Pass’ ke mahkamah.