Pemimpin PAS Dengar Keluhan Rakyat

687

Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN – Pemimpin PAS sentiasa dekat dengan jiwa rakyat, mendengar setiap keluhan dan apa jua permasalahan masyarakat.

Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Bukit Besi, Haji Ghazali Sulaiman berkata, menyelesaikan setiap aduan, merupakan cerminan kepada sesuatu kejayaan.

Katanya, samada berjaya atau sebaliknya, ia akan menyentuhi hati dan perasaan setiap insan.

“menjadi pemimpin sudah tentu (akan) menjadi sandaran kepada rakyat dan tempat untuk mereka mengadu pelbagai permasalahan,

“Pemimpin PAS tidak diajar untuk mementingkan diri sendiri, sebaliknya sentiasa menjadikan rakyat sebagai fokus utama untuk diketengahkan,” jelas beliau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas membuat tinjauan dan rondaan kawasan sekitar Bukit Besi, pada Isnin, 10 Jun.

Menurut Ghazali, semenjak dipertanggungjawabkan memikul tugas yang diamanahkan oleh kerajaan PAS beliau sentiasa mengamalkan sikap tidak memilih bulu.

Katanya, semua rakyat di DUN berkenaan berhak untuk bertemu dan mengadu apa jua permasalahan yang dihadapi.

“Tidak semua masalah boleh diselesaikan segera, kerana itu saya telah membuat satu senarai khusus hal mana yang perlu disegerakan dan hal yang mana terpaksa dikemudiankan.

“Serta telah dikategorikan saluran-saluran yang ada di bawah kerajaan negeri untuk kita selesaikan mengikut agensi dan jabatan-jabatan yang ada,” jelasnya.

Oleh itu, katanya, semua masalah ingin diselesaikan, namun menyedari adanya keterbatasan tertentu.

“Kita kalau boleh tidak mahu rakyat bersedih hati dan berduka, setiap masalah mencakupi semua aspek dan perkara kita akan usaha bersungguh-sungguh dengan segala jalan dan keupayaan yang ada.

“Jika masalah yang tidak mampu diselesaikan, kita akan mencari punca dan sebab untuk kita terangkan elok-elok kepada rakyat. Kepentingan rakyat adalah mendahului kepentingan peribadi seorang pemimpin itu yang sering diperingatkan oleh kepimpinan tertinggi didalam PAS, “jelasnya.