Pemimpin Hamas Setuju Gencatan Senjata

348

GAZA: Para pemimpin Hamas Palestin di Gaza menyetujui gencatan senjata dengan Israel pada hari Isnin untuk menamatkan peningkatan eskalasi yang berlaku selama dua hari.

Menuurut laporan media, Mesir memeterai perjanjian untuk menghentikan sementara permusuhan dari 4:30 pagi waktu tempatan.

Pegawai Hamas dan satu lagi dari kumpulan bersekutu Jihad Islami serta Seorang pegawai Mesir juga mengesahkan perjanjian itu.

Perjanjian itu datang selepas keganasan yang paling serius  antara Israel dan pejuang Gaza Palestin sejak perang 2014.

Peningkatan serangan bermula hari Sabtu dengan tembakan roket besar-besaran dari Gaza, menarik gelombang serangan balas balas Israel, dan berterusan sepanjang hari Ahad.

Sebuah rumah di Selatan Israel musnah akibat serangan roket

Sekurang-kurangnya 27 orang Palestin, termasuk sembilan pejuang dan empat orang awam serta tiga warga Israel terbunuh dalam peperangan itu.

Israel menghadapi tekanan untuk memulihkan keadaan tenang dan menamatkan serangan roket yang menyasarkan masyarakat di selatan negara itu.

Dalam pada itu, para pegawai Palestin di Gaza menuduh Israel tidak mengambil langkah untuk mengurangkan sekatannya seperti yang dijanjikan di bawah perjanjian gencatan senjata sebelumnya.

Pegawai Jihad Islam berkata perjanjian gencatan senjata baru itu sekali lagi menggesa kepada pada Israel mengurangkan sekatannya ke atas Gaza.

Antara langkahnya, katanya, adalah melegakan batasan penangkapan ikan dan peningkatan dalam keadaan elektrik dan bahan api di semenanjung yang terkepung itu.

Israel dan pejuang Palestin di Gaza telah berperang tiga kali sejak 2008 dan peningkatan kali ini ‘paling berdarah  dengan 19 orang Palestin terkorban.

Mereka yang syahid termasuk seorang komander untuk sayap bersenjata Hamas,  disasarkan kerana didakwa terlibat dalam memindahkan wang luar negara kepada kumpulan militan di Semenanjung Gaza.

Tentera Israel berkata kereta kebal dan pesawatnya melanda kira-kira 350 sasaran pejuang di Gaza sebagai tindak balas.

Kementerian Kesihatan Gaza berkata, antara yang terkorban akibat serangan Israel termasuk bayi berusia 14 bulan dan seorang wanita hamil berusia 37 tahun.