Pemimpin DAP Jangan Ganggu Tugas Polis

537

KUALA TERENGGANU – Pemimpin Parti Tindakan Demokratik (DAP) khususnya Menteri Kewangan, Lim Guan Eng di gesa supaya tidak menganggu atau campur tangan dalam tugas yang dilaksanakan oleh Polis Diraja Malaysia.

Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS negeri Terengganu, Jefri Chua berkata, sebagai salah seorang ahli pentadbiran negara, beliau tidak boleh menghalang pihak berkuasa menjalankan tugas.

“Kalau kira dia (Lim Guam Eng) tak boleh campurlah urusan PDRM. Di media sosial, saya ada baca di blog Malaysia Today ramai yang tak bersetuju makna campur tangan. (Perkara) ini melibatkan pengganas.

“Saya baca yang dia kata dalam facebook kelmarin polis tidak sepatutnya guna SOSMA. Tidak perlu guna hujah dia. Memang pihak polis guna hujah dia pasal dia ada katakan bahawa selepas ini tiada tangkapan. Ada tak dia kata gitu.

“Tak betul Lim Guam Eng kata macam itu. Bagi pada pendapat saya apa yang Tuan Ayub kata mereka nilai sendirilah makna Lim Guam Eng kalau hak betul saya sokong. Yang paling paling penting polis dan urusan mahkamah dia tak leh campur,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Kampung Cina, Kampung Tiong pada semalam.

Menurutnya, semua orang tidak sempurna kerana ada kelebihan dan kekurangan masing-masing serta setiap orang berbeza-beza.

“Kita sebagai orang Cina memang kena cakap gitulah. Semua bangsa ada baik dan ada yang jahat. Contoh sekarang ini pengganas, (kalua ada) pengganas (negara) tidak amanlah kalu gini. Itu memang betul.

“Hak tak betul memang tak boleh sokong. Walaupun pendapat daripada dua oranglah. Saya bukan cocok.. saya tanya pendapat dia,” ujar beliau.

Justeru tu, beliau berharap Lim Guam Eng sedar dan jangan campur urusan pihak polis.

“Kan dia Menteri kewangan dia bukan macam orang bawah. Jadi sebagai pemimpim DAP tu dia kena tahu apa itu hitam apa itu putih sebab itulah,” jelasnya.