Pemimpin Akan Bersama Kita Di Akhirat Kelak

905

Oleh : Sumaiyah Z

Umat Islam bertanggungjawab memilih pemimpin mereka kerana mereka akan bersama kita bukan sahaja di dunia, tetapi hingga ke akhirat kelak.

“InsyaAllah, kita akan bersama dengan pemimpin-pemimpin Islam yang kita pilih di akhirat kelak. Bersama dalam satu jemaah…..Kita tak rela anak cucu kita akan datang menerima akibat terhadap kesilapan kita memilih pemimpin,”

“Kita akan meninggalkan dunia, akan dihisab oleh Allah SWT di akhirat kelak, atas apa yang kita buat di dunia, termasuklah kita memilih seorang pemimpin”.

Itulah pesan To’ Puan Seri Hajah Zainab Awang Ngah, ketika ditanya masalah memilih pemimpin pada prgram Mesej Dari Dapur Muslimat.

 

 

Beliau sangat tertarik dengan apa yang berlaku akhir-akhir ini, apabila sambutan pemuda-pemuda, pemudi-pemudi, remaja-remaja termasuk anak-anak muda yang belum boleh mengundi pun terhadap kepimpinan Islam.

Katanya, masing-masing bersemangat mahu bersama dengan Islam dalam zaman pelbagai gajet dan komunikasi canggih, zaman whatsapp, zaman facebook, twitter dan instagram.

Kebanyakkan anak-anak muda kita tahu isu semasa dan bagi yang belum bersama revolusi generasi baru ini, beliau mengajak mereka bersama-sama merasakan getarannya.

”InsyaAllah mudah-mudahan dapat kita ajak…….Masing-masing ada kawan, masing-masing boleh ajak bersama dengan dia. InsyaAllah, serba sedikit dia akan tahu tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.” kata beliau.

Beliau yang lebih mesra dipanggil ‘Che Ngah Nab’, adalah orang penting kepada Presiden Parti Islam se-Malaysia (PAS).

”Sebagai rakyat Malaysia, rakyat biasa….kita kena tahu, kena ada pemimpin yang akan menerajui negeri, negara.. Kena pilih pemimpin yang ke arah Islam”.

“Sekarang ni, alhamdulillah.. Nampak kebelakangan ini, anak-anak muda semakin tahu, ada respon memilih untuk bersama mereka. Kita kena tahu, kita duduk atas dunia ni bukan kekal, sementara sahaja,” tambah.

Che Ngah Nab yang berkongsi resepi ‘Kerabu Mahabbah’ kegemaran Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan keluarganya

Beliau menyeru semua rakyat yang sudah mendaftar agar keluar mengundi pada pulihan raya umum kali ke-14 yang akan diadakan pada 9hb Mei depan.

“Kepada pengundi-pengundi, termasuk anak muda, muslimat….InsyaAllah masing-masing kena sedar, tanggungjawab kita sebagai pengundi. Kita kena balik mengundi walaupun duduk jauh, kerana kita berkorban ini adalah tanda akhir kita bersama Islam,”

Program mingguan anjuran Lajnah Penerangan dan Hubungan Media Dewan Muslimat Negeri Terengganu yang berlangsung pada Ahad itu turut dihadiri Ketuanya, Puan Hajah Zarani Othman sebagai tetamu jemputan.