Pemikiran Bernas Presiden PAS

2829

Oleh : SMN & RR

KUALA NERUS – PAS Kawasan Besut menyifatkan Ucapan Dasar Muktamar Kali Ke-64, bertajuk Islam Memimpin Satu ialah pemikiran Presiden PAS yang sangat bernas.

Timbalan Yang DiPertuanya Shalahuddin Jaafar berkata, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa PAS tetap dengan matlamat asal iaitu menegakkan Islam dalam negara.

“Walaupun hanya memenangi 18 kerusi parlimen dan dua buah negeri tetapi berlaku peningkatan sokongan yg banyak.

“(oleh itu Ustaz Hadi) mengarahkan semua jentera meneruskan gerakerja menarik seberapa ramai yg boleh sebagai persiapan menghadapi PRU15,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Ucapan Dasar Presiden PAS pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-64, semalam 15 September.

Justeru itu, beliau berkata, Ahli Parlimen Marang itu mengumumkan akan bertaa’wun dengan mana-mana parti pembangkang termasuk Umno.

“(ta’awun dengan) pelbagai pihak menjadi garis mula kepada jentera parti untuk berdepan dengan parti pemerintah PH.

“PAS akan menjadi pemimpin kepada parti-parti pembangkang dalam PRU akan datang,” tegas beliau.

Sehubungan itu, beliau yang juga pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Hulu Besut menyokong cadangan Tuan Guru Presiden mengingatkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tenntang semangat ‘Federalisme’.

“Tok Guru juga menggesa supaya royalti kerajaan Terengganu dan Kelantan dikembalikan dan peruntukan pembangunan, kemudahan prasarana serta peluang pelaburan yang adil,

“Beliau juga menegaskan PAS menyedari bahawa cabaran besar apabila ada suara-suara sumbang akhir-akhir ini yang mencabar institusi agama,istana dan hak istimewa bumiputera serta gerakan fahaman liberal,” tambah Cikgu Solah.