Pembinaan SRIDAF Giat Dijalankan

152

KUALA TERENGGANU – Pembinaan bangunan Sekolah Rendah Islam Darul Furqan (SRIDAF), Besut yang baharu kini sedang giat dijalankan.

Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah SRIDAF, Cikgu Salahuddin Jaafar berkata, hampir 50 peratus bilik darjah sudah disiapkan.

“Ahli Lembaga Pengarah memutuskan juga untuk membesarkan dan menyiapkan segera bangunan masjid yang sedia ada menjadi dua tingkat.

” Memandangkan bilangan murid yang semakin ramai dan bertambah untuk menunaikan solat berjemaah,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pihak media, pada semalam.

Menurutnya, bilangan pelajar pada tahun ini seramai 468 dan dijangkakan akan bertambah pada tahun hadapan sebanyak 700 orang.

“Insya Allah SRIDAF akan muncul sebagai Sekolah Rendah Islam yang menjadi pilihan ibu bapa di sekitar daerah ini,” ujar Salahuddin.

Sementara itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada penyumbang yang menyumbang dan berharap sumbangan akan berterusan daripada para penderma.

“Kami masih memerlukan sumbangan daripada penderma-penderma untuk menyiapkan bangunan sekolah,” tambahnya lagi.

Justeru itu, beliau merayu kepada muslimin dan muslimat di luar sana yang bermurah hati untuk menderma bagi membantu menyiapkan bangunan SRIDAF.

Sesiapa yang ingin memberi sumbangan boleh salurkan ke dalam akaun Pusat Pengajian Al-Furqan, Maybank, 563046321761 ataupun Cimb 8603154557 dan sebarang pertanyaan boleh hubungi Ustaz Basri 019- 3733032.