Pembinaan Malaysia Sejahtera

207
YB Senator Dato’ Haji Husain bin Awang, Pesuruhjaya PAS Negei Terengganu merangkap Ahli Dewan Negara

KUALA TERENGGANU – Pemerintahan kerajaan baharu persekutuan yang diterajui oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin diharap dapat merealisasikan hasrat membina Malaysia Sejahtera.

Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu Dato’ Ustaz Husain Awang berkata, ia sekaligus akan memartabatkan Islam di bumi Malaysia yang tercinta ini.

“(Kami) menjunjung kasih kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang telah berkenan melantik YB Tan Sri Muhyiddin bin Md Yasin sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-8.

“Keputusan ini sekaligus mengakhiri kemelut politik yang melanda negara Malaysia dan disambut baik oleh rakyat jelata,” jelasnya.

Mewakili Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu dan seluruh ahli PAS Terengganu, Ahli Dewan Negara itu berkata demikian dalam satu kenyataan media semalam.

“saya mengucapkan Tahniah kepada YB Tan Sri Muhyiddin Yasin atas lantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8,” tambahnya.