Pemangku Menteri Pendidikan Perlu Ambil Perhatian

182

Berita Harian pada 20 Okober 2016 menulis, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluluskan peruntukan RM7.3 juta untuk pembinaan dewan terbuka di tiga sekolah di negeri Terengganu.

Pengarah Kemajuan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri, Datuk Nik Nasarudin Mohd Zawawi, berkata tiga dewan terbuka itu akan dibina di Sekolah Menengah (SM) Imtiaz di Besut membabitkan peruntukan RM3 juta, dewan komuniti di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Jiring (RM4 juta) dan dewan SK Seri Budi membabitkan peruntukan RM300,000.

Setelah tiga tahun berlalu dan kerajaan bertukar pusat daripada Barisan Nasional kepada Pakatan Harapan, dewan komunit berhampiran SK Tok Jiring masih belum siap dan terbengkalai.

Apakah nasib pembinaan itu yang menelan belanja sebesar itu?

Mungkin pemangku Menteri Pendidikan perlu melihat kepada keperluan menyiapkan Dewan tersebut dengan segera agar mengelakkan negara mengalami kerugian.