Pemalsuan Kelayakan Akademik Perlu Siasatan Terperinci

488

Lanjutan beberapa pendedahan pemalsuan kelayakan akademik yang melibatkan menteri dan wakil rakyat, adalah dicadangkan agar satu siasatan terperinci perlu dilakukan dengan segera.

2. Sekiranya perkara tersebut melibatkan pemalsuan dokumen, maka ia boleh dianggap sebagai satu kesalahan jenayah di bawah Kanun Keseksaan.

3. Oleh itu, beberapa implikasi perundangan akan berlaku dan kemungkinan akan menjejaskan kedudukan politik mereka.

4. Hal ini adalah suatu yang serius. PAS tidak mempersoalkan taraf kelayakan akademik mana-mana pihak, tetapi tindakan pemalsuan dokumen untuk mendapatkan hak terhadap sesuatu kepentingan adalah tindakan yang tidak boleh dimaafkan.

5. Berdasarkan kepada maklumat yang telah ditularkan di media sosial, lebih daripada tiga orang anggota kabinet yang menjadi sasaran warga internet.

6. Ia telah menjejaskan reputasi seluruh kabinet kerajaan sekiranya tiada tindakan lanjut diambil.

7. Malah, isu ini turut dilaporkan oleh beberapa media antarabangsa yang berpengaruh seperti Bloomberg dan Business Insider Singapore.

8. Oleh itu, PAS mendesak agar satu siasatan terperinci perlu dilakukan dengan segera. Sekiranya melibatkan pemalsuan dokumen, maka perkara ini perlu diadili dengan sewajarnya.

Islam Memimpin

Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat