Pelapor PBB: Pembunuhan Khashoggi ‘Dilakukan’ Oleh Pegawai Saudi

262

Penyelidik hak asasi manusia PBB yang mengetuai penyelidikan antarabangsa terhadap pembunuhan wartawan Saudi, Jamal Khashoggi, mengatakan bukti menunjukkan beliau adalah mangsa “pembunuhan yang kejam dan direncanakan, dirancang dan dilakukan oleh para pegawai negara Arab Saudi”.

Pelapor Khas Agnes Callamard berkata pada hari Khamis pasukan tiga anggotanya mempunyai akses kepada sebahagian daripada “bahan audio yang mengerikan” peristiwa pembunuhan yang diperolehi oleh agensi risikan Turki.

Arab Saudi juga “mengecam” usaha Turki untuk menyiasat pembunuhan Khashoggi di konsulat Istanbul, kata kenyataan PBB.

“Kesukaran dan akses yang tidak mencukupi diberikan kepada penyiasat Turki untuk menjalankan pemeriksaan tempat kejadian jenayah yang profesional dan berkesan dan ia diperlukan oleh ‘standard’ antarabangsa untuk penyiasatan,” kata Callamard.

Melaporkan misi selama seminggu dengan tiga pakarnya ke Turki, Callamard juga berkata beliau meminta akses ke Arab Saudi.

Beliau menyatakan “kebimbangan utama” mengenai kesaksamaan ‘prosiding’ untuk 11 orang yang dihadapkan dalam perbicaraan di mahkakamah kerajaan Saudi atas tuduhan membunuh Khashoggi.

Callamard merancang untuk mengemukakan laporan akhir kepada Majlis Hak Asasi Manusia PBB pada bulan Jun.

Khashoggi, seorang kolumnis ‘Washington Post’ yang menulis secara kritikal tentang Putera Mahkota Saudi Mohammed bin Salman (MBS), terbunuh di dalam konsulat Saudi di Istanbul pada 2 Oktober tahun lepas. Tubuhnya masih belum dijumpai.

Agensi risikan AS percaya Putera Mohammed memerintahkan pembunuhan itu.