Pelantikan Semula Ustaz Husain; Kesinambungan Parti Dan Kerajaan

1066

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – Perlantikan semula Senator Dato Ustaz Husin Awang sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu adalah untuk meneruskan kesinambungan kestabilan dan pengukuhan parti serta kerajaan negeri.

Ketua Penerangan PAS Kawasan Dungun, Naraza Muda berkata, beliau melahirkan keyakinannya memandangkan semasa pra Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14, PAS Terengganu juga dipimpin oleh pesuruhjaya yang sama.

“Dengan pengalaman yang luas di dalam parti dan politik negara, sentuhan beliau amat diperlukan,” ujarnya yang dihubungi di sini pada Rabu, 10 Julai.

Malah tambahnya, Terengganu agak unik dalam suasana yang baru sahaja mengambil alih kerajaan negeri.

“Kerana masing – masing tokoh pemimpin-pemimpin parti sekarang ini menjawat jawatan-jawatan di dalam kerajaan.

“Hanya Dato Pesuruhjaya yang memegang Ahli Dewan Negara, menerajui parti sewajarnya akan dapat meneruskan kestabilan pentadbiran parti negeri kita ini,” jelas beliau.