Pelan Strategik Untuk Menang Di Hulu Besut

662

Oleh : Rohayati Ripin

BESUT – Majlis Tindakan DUN (MTD) Hulu Besut telah merangka pelan strategik dan memperkemaskan jentera parti di semua peringkat bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke 15 yang akan datang.

Pengarahnya,Cikgu Cikgu Shalahuddin Jaafar berkata, pelan tersebut yang disiapkan dalam permukiman (retreat) jawatankuasa adalah satu persiapan awal bagi PAS untuk memenangi DUN tersebut.

“Tumpuan akan diberikan kepada pendaftaran pemilih, memperkemaskan data di bilik gerakan dan kempen.

“Setakat ini dilihat sokongan yang bertambah baik kepada parti PAS sebagai kerajaan khidmat yang diberikan Oleh MPKK dapat menarik sokongan rakyat,” jelasnya.

Beliau yang juga Setiausaha PAS kawasan Besut berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri satu perjumpaan dengan para Pegawai Media daerah Besut disini, semalam.

Sehubungan itu, kata beliau, rakyat berpuas hati dengan prestasi pemerintahan kerajaan baru sejak mengambil alih tampuk pemerintahan Terengganu sejak setahun yang lalu.

“Banyak janji manifesto pada PRU yang lalu telah ditunaikan oleh kerajaan PAS negeri Terengganu memuaskan rakyat di peringkat kampung.

“(Oleh sebab itu) selepas kemenangan di peringkat negeri hampir seribu orang ahli baharu PAS dapat didaftarkan. Selain daripada itu cawangan PAS baharu juga dapat diwujudkan di kawasan yang belum ada cawangan sebelum ini,” ujarnya.

Tambah beliau, seramai 75 orang terlibat terdiri daripada Ahli jawatankuasa kerja (AJK) DUN, Harian muslimat, pemuda dan Ameerah telah terlibat dengan ‘retreat’ PAS DUN Hulu Besut yang diadakan selama dua hari bermula 6 hingga 7 September di Hutan Lipur Lata Tembakah.