Pelajar SRIDAF Meningkat Mendadak

1157

Oleh : Muhd Afiq Zohir

BESUT –Peningkatan pelajar secara mendadak di Sekolah Rendah Islam Darul Furqan (SRIDAF) menandakan bahawa ibu bapa lebih mementingkan pendidikan agama kepada anak-anak mereka.

Yang Di-Pertua (YDP) PAS Kawasan Besut , Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, sekolah tersebut lebih menekankan pembelajaran agama terutama hafazan Al-Quran.

“Proses pembelajaran dari sekolah ini dapat di praktikkan dalam kehidupan seharian serta sesuai untuk seisi keluarga bagi membentuk masyarakat yang sejahtera”, ujarnya.

Beliau yang juga Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) berkata demikian kepada pemberita ketika meninjau keadaan di Sekolah Rendah Islam Darul Furqan (SRIDAF), Batu Tumboh, semalam, 3 Januari.

Tambah Ustaz Azhar, SRIDI beroperasi  di enam lokasi iaitu di Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS), Dungun, Ajil (Hulu Terengganu), Binjai Rendah (Marang), Manir (Kuala Nerus), Kampung Raja (Besut) dan Losong (Kuala Terengganu).

“Sesi persekolahan 2019 melibatkan seramai 426 pelajar dan 22 orang guru, seramai 125 pelajar tahun 1 telah mendaftar dan dibahagi kepada empat kelas,” jelasnya.

Justeru itu, beliau berharap sekolah tersebut dapat membentuk modal insan untuk menuju Negeri Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera.