Pelajar Perlu Cakna Politik

263

Oleh: Saifullah Jusoh

BESUT – Pengarah Majlis Tindakan (MTD) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Haji Azbi Salleh menasihati agar para pelajar perlu cakna dengan politik tanah air.

Ini bertujuan untuk memastikan kepimpinan negara berada di tangan pemimpin yang layak agar urusan negara dan juga agama terjaga.

“Parlimen baru-baru ini telah meluluskan umur mengundi turun daripada 21 tahun kepada 18 tahun pada Pilihanraya Umum yang akan datang, ” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Khidmat Komuniti Kolej Vokasional Besut Bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Baharu pada 31 Julai 2019.

“Anak muda merupakan penentu kepada hala tuju politik negara pada masa akan datang.

“Oleh sebab itu para pelajar perlu belajar bersungguh-sunguh dalam bidang akademik dan juga ilmu agama agar anak muda dapat memilih pemimpin yang boleh membimbing berjaya dunia dan akhirat”, ujar beliau.

Program yang berlangsung selama sehari itu telah disertai seramai 105 orang pelajar Kolej Vokasional Besut.

Di antara aktiviti yang telah diadakan ialah gotong-royong membersihkan kawasan Masjid, tanah perkuburan dan juga Dewan Sivik kampung tersebut.