Pelajar Cemerlang UPSR Di Kunjungi ADUN

216

Ia adalah kerana mereka telah mendapat perhatian khusus dari wakil rakyatnya Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli.

Kejayaan mereka telah mendapat pengiktirafan peribadi beliau, apabila beliau sendiri membuat kunjungan ke rumah pelajar cemerlang berkenaan disamping menzarahi keluarga mereka.

Antara yang dikunjungi Wan Hassan adalah dua orang pelajar yang memperolehi keputusan 5A di kampung Padang Jambu dan dua pelajar mendapat 5A di kampung Jalan Lembah.


Beliau yang dihubungi Buletinonline berkata, berjalan dari rumah ke rumah memberi sumbangan kepada pelajar cemerlang sudah menjadi tradisi beliau pada setiap tahun memberi pengiktirafan secara khusus begitu.

”Tiap-tiap tahun, saya akan ziarah pelajar cemerlang dari rumah ke rumah, disamping mengenali anak-anak tersebut, saya mengambil kesempatan bertanya khabar keluarganya,”jelasnya.

Menurutnya, ia lebih membawa makna dan jalinan ukhuwwah, dengan pertemuan bersemuka dan memberi pengiktirafan secara khusus begitu.

Disamping itu, katanya, beliau dapat mengambil maklumat dan menerangkan isu-isu semasa yang bersangkut paut dengan kehidupan rakyat.

Turut serta dalam lawatan ziarah anugerah pelajar cemerlang UPSR itu adalah Ketua Cawangan Kamgpung Padang Jambu Baharuman Abdul Hamid dan Setiausaha PAS Cawangan Kampung Jalan Lembah Mohd Nafi Abdullah.