Pelajar Cemerlang Derita Jantung Berlubang Mohon Bantuan

1478
Annie, ketika berurusan dengan Jef

kUALA TERENGGANU – Seorang pelajar cemerlang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018, yang mengalami masalah jantung berlubang sejak kecil mengharapkan bantuan.

Pengerusi MPKK Bandar dan Kampung Cina, Chua Kim Huat @Jefry Chua berkata, pelajar terbabit, Annie Tan Jing Ni, 18, kini tinggal bersama ibunya Low Bee Chin, 45 sertaw neneknya Chia Ah Hock, 75, di Flat Seri Kolam, Kuala Terengganu.

Katanya, Annie kini masih menerima pemeriksaan kesihatan berkala akibat masalah jantung berlubangnya di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.

“beliau masih lagi menerima rawatan masalah jantung di IJN, dan kos perubatan itu memerlukan lebih kurang RM30,000 untuk menyelesaikan masalah itu.

“Sebab itu, saya cuba mohon bantuan melalui Tabung Darul Iman (TDI) yang diwujudkan oleh kerajaan negeri hari ini,” ujarnya.

Jefry Chua yang juga Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kawasan Kuala Terengganu, berkata demikian, ketika dihubungi semalam.

Menurut Jef, Annie Tan juga merupakan pelajar cemerlang SPM 2018 lalu yang berjaya memperolehi 9A 1B bagi semua mata pelajarnya.

“Anak kedua daripada tiga adik-beradik itu, bercita-cita tinggi mahu melanjutkan pengajiannya ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

“Ibunya, Puan Low Bee menyara ahli keluarga setelah berpisah dengan suami bekerja dengan mengambil upah sebagai pengasuh dan pencuci pinggan di restoran,” tambah Jef.