Pekan Kecil Mengabang Telipot Bakal Lenyap ‘Ditelan Laut’

1662

Sudah hampir setahun, janji Menteri Besar Terenganu berjanji akan membuat satu kajian menyeluruh akan dilakukan untuk mengatasi hakisan pantai di Terengganu terutama di Pantai Paka di daerah Dungun, Setiu Wetland, Setiu dan Tanjung Gelam di Kuala Nerus.

hakisan dis 2016aPada 10 Februari lalu Ahmad Razif Abdul Rahman berkata kerajaan negeri akan bekerjasama dengan kerajaan Pusat menerusi Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar untuk mengatasi masalah tersebut.

“Kerajaan negeri juga akan cuba mendapatkan peruntukan tambahan daripada kerajaan Pusat, di mana Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar akan datang ke Terengganu pada 15 Feb ini,” katanya yang dipetik agensi Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat kawasan rumah penduduk yang rosak di Kampung Mengabang Telipot di Kuala Nerus.

hakisan dis 2016Ahmad Razif berkata kerajaan negeri memberi jaminan akan menyelesaikan masalah dihadapi penduduk yang rumah mereka terjejas teruk akibat hakisan pantai berikutan fenomena ombak besar yang sedang melanda ketika ini.

Beliau berkata kejadian kali ini adalah luar biasa dan mengakibatkan kemusnahan yang teruk.

“Kerja-kerja menambak batu di pesisir pantai telah dibuat sebelum ini, bermula di Kampung Tok Jembal hingga pantai Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sepanjang 250 meter dan disambung satu kilometer lagi hingga ke Tanjung Gelam.

hakisan dis 2016h“Malah, dalam kejadian hakisan kali pertama akhir bulan lepas, kerajaan negeri mengeluarkan peruntukan segera RM1 juta bagi kerja-kerja menambak kawasan pantai ini sebagai penyelesaian jangka pendek, sebelum kita memutuskan tindakan paling tepat dan terbaik mengatasi masalah ini dalam jangka panjang,” katanya.

Namun sehingga kini, tiada nampak apa-apa perubahan untuk langkah penyelesaian jangka panjang bagi masalah yang dihadapi oleh penduduk terbabit.

Bahkan, tambakan sementara yang dibuat di Mengabang Telipot telah roboh sebahagiannya dibadai tengkujuh yang bermula sejak awal bulan ini.

hakisan dis 2016cBeberapa rumah dipinggir pantai telah pun dikosongkan penduduk, berpindah kerana bimbang fenomena alam itu dan tidak yakin, penyelesaian dapat dibuat dalam masa segera.

Sebuah ‘chalet’ telah pun dirombak oleh tuannya, dan sebuah lagi masih terbenam dalam pasir, seolah-olah pemiliknya tidak mampu melakukan apa-apa dan hanya berserah kepada lumrah.

Kebimbangan paling teruk, pekan kecil Mengabang Telipot akan lenyap ditelan lautan, sekiranya penyelesaian segera tidak menjadi kenyataan.

Masjid baharu yang begitu indah hanya terletak lebih kurang 100 meter dari gigi air, beberapa kubur yang terletak ‘dibirai’ tebing Laut China Selatan itu, lama hanya menunggu masa sahaja, untuk bersemadi ke dasar laut.

hakisan dis 2016jPada sidang Dewan Undangan Negeri (Bajet 2017) 21 November lalu, ADUN Tepoh Ustaz Hishamuddin Abdul Karim merayu kepada kerajaan negeri agar tindakan segera diambil.

“apakah kita (mahu) menunggu lagi ombak besar melanda perkampungan tersebut, barulah kita hendak membuat dan mengeluarkan bajet kecemasan,

“bagaimanakahperkembangan untuk November dan Disember untuk tahun ini? Dan Januari 2017? Nasib penduduk kampung yang terpaksa berdepan dengan ombak yang ganas dalam musim ini,

“saya memohon pihak kerajaan mengambil tindakan dalam memastikan hakisan di pantai Tanjung Gelam dan Mengabang Telipot,”ujarnya pada sesi perbahasan.

hakisan dis 2016fFenomena ombak besar dan angin kencang menyebabkan 38 mangsa dari tujuh keluarga di Kemaman, berpindah ke tiga pusat pemindahan.

Di Mengabang Telipot, seramai 23 mangsa dari empat keluarga terpaksa berpindah ke rumah saudara mara yang berdekatan setelah rumah mereka rosak akibat dipukul ombak berikutan fenomena tersebut.