PBB Beri Amaran Terhadap Dasar Penindasan Orang Islam Di India

481

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran kepada India kerana tindakan negara itu melaksanakan dasar penindasan terhadap umat Islam.

Menurut Ketua Hak Asasi Manusia PBB Michelle Bachelet, “kebijakan yang memecah belah” oleh India dapat melemahkan pertumbuhan ekonomi.

Dalam ucapannya pada hari Rabu, Bachelet menambah, agenda politik yang sempit telah meminggirkan orang yang rentan yang telah sedia sakit, dalam masyarakat yang sudah tidak sama rata.

“Kami menerima laporan yang menunjukkan peningkatan gangguan dan meletakkan golongan minoriti sebagai sasaran, khususnya umat Islam dan orang-orang dari kumpulan yang kurang bernasib baik dan terpinggir,

“seperti (kumppulan) Dalits dan Adivasis,” kata Bachelet dalam laporan tahunannya kepada Majlis Hak Asasi Manusia PBB di Geneva.