Paya Bunga Square; Mercu Tanda Hebat Gagal Tarik Penyewa

4352

KUALA TERENGGANU – ‘Paya Bunga Square’ ialah sebuah kompleks membeli-belah baru yang lengkap dengan ruang pejabat dan hotel bakal dibina di Jalan Engku Embong Fatimah bersebelahan Menara PERMINT dengan keluasan 9,733 meter persegi.

Kompleks tersebut dikatakan menjadi salah satu mercu tanda baru Kuala Terengganu Bandaraya Warisan Pesisir Air yang mana Majlis Pecah Tanah Kompleks tersebut telah diadakan pada 27 Februari 2008 dan siap serta dirasmikan pada tahun 2016.

pbsquare1Menurut laman sesawang Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Projek pembangunan tersebut melibatkan pembinaan empat tingkat podium perniagaan yang menempatkan ruang pejabat, ruang niaga, ruang tempat letak kereta dan motosikal serta hotel.

Bagi menara hotel, Paya Bunga Square menyediakan kemudahan 199 buah bilik, dewan seminar, bilik persalinan, kolam renang, gimnasium dan sebagainya.

Malangnya, kompleks mempunyai 28 ruang niaga, yang dibina dengan kos RM150 juta itu, gagal menarik pengunjung dan masih lengang sehingga kini.

Menurut kerajaan negeri, ketiadaan penyewa utama (Anchor Tenant) yang beroperasi di kompleks tersebut menyebabkan ia tidak menjadi tarikan.

Menurut jawapan dalam sidang DUN Terengganu minggu lalu, pemilik bangunan PERMINT masih gagal mencapai persetujuan dangan penyewa utama.

“Tiada ‘Anchor Tenant’ yang beroperasi di situ. PMINT dan ‘anchor tenant gagal mencapai persetujuan,”menutur jawapan pihak kerajaan kepada soalan yang diajukan.

perasmian PB squarNamun dalam jawapan yang dikemukakan bagi menjawab soalan bertulis ADUN Ladang Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar, tiada pula dinyatakan, penyewa yang dimaksudkan itu.

Soalan asal Dato’ Tengku Hassan bertanyakan tentang, bangunan Paya Bunga Square tidak dapat menarik pengunjung, bahkan ada peniaga berhenti berniaga, mengapakah ianya berlaku dan strategi untuk mengatasinya.

Kerajaan menjawab lanjut, “Akan giatkan promosi, penganjuran dan iklan, bagi diskaun sewa.”

Kompleks tersebut telah dirasmikan dengan majlis gilang gemilang oleh Sultan MIzan pada 3 Mei, 2015.

Mercu Tanda yang dianggap hebat itu, diumumkan oleh Mnteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman akan menjadi Psat Transformasi Bandar pada Oktober tahun lalu, kemumgkinan kerana kegagalan menarik para penyewa tersebut.